KISAH USANA
Ditubuhkan pada tahun 1992, hari ini USANA Health Sciences merupakan pengeluar dan pengedar penokok zat yang amat disanjung. kejayaan USANA sebahagian besarnya
bergantung kepada pengasas dan pengerusinya iaitu
Dr Myron Wentz.
PAKAR DALAM BIDANG PEMELIHARAAN SEL
Dr Wentz seorang pemegang ijazah Ph.D dalam bidang mikrobiologi dan imunologi, merupakan peneroka terkenal antarabangsa dalam bidang pemeliharaan sel manusia untuk diagnosis penyakit berjangkit. Dr Wentz menubuhkan Gull Laboratories pada awal tahun 1970 dan menghabiskan tempoh 20 tahun untuk membangunkan produk diagnostik untuk digunakan di hospital dan makmal klinikal di merata dunia. ini menjadikan beliau seorang pakar dalam bidang pemeliharaan sel manusia yang sihat.
DARI MENDIAGNOSIS PENYAKIT KE TAHAP MEWUJUDKAN KESIHATAN OPTIMUM
Walaupun berjaya dama Gull Laboratories, Dr Wentz berhadapan dengan masalah ketidakpuasan diri dan juga masalah kesihatan peribadi. Beliau mendapat nasihat seorang rakan untuk memakan penokok zat yang seterusnya telah mengubah visi dan menukar haluan karier beliau. Memandangkan kedua ibu bapa beliau meninggal akibat penyakit degeneratif, ahli sains dari North Dakota ini mengambil keputusan untuk mengubah haluan kepakaran beliau dari mendiagnosis penyakit ke bidang mempromosikan kesihatan badan.
MENCATAT PIAWAI KECEMERLANGAN YANG BARU
Setelah mengetahui kepentingan zat yang baik terhadap fungsi sel yang optimum, Dr Wentz mulai menguji kehadiran penokok zat dalam makmal analitisnya. Beliau mendapati kebanyakan zat tidak dapat membekalkan nutrien yang mencukupi dan seimbang kepada badan manusia. beliau juga mendapat zat-zat tersebut selalunya berkualiti rendah dan mempunyai kesan biology yang lemah. Lantas Dr Wentz menubuhkan USANA pada tahun 1992. Dia bercita-cita untuk membangunkan piawai kecemerlangan dalam industri berkenaan.
BERKONGSI VISI KESIHATAN
Sekarang beribu-ribu orang di merata dunia berkongsi visi dengan Dr Wentz untuk menjaga kesihatan masing-masing melalui pemakanan yang baik dan mereka yakin bahawa USANA dapat membawa kebahagiaan kepada keluarga mereka. Impian Dr Wentz untuk melahirkan sebuah dunia yang bebas daripada kesengsaraan telah mendorong beliau untuk menguruskan Sanoviv Medical Institute Di Baja Mexico iaitu sebuah institusi perubatan yang canggih, begitu juga Wentz Medical Centre untuk kanak-kanak di Gaba Uganda.

No comments:
Post a Comment