Saturday, November 21, 2009

CABARAN KEPADA KESIHATAN

Penyakit yang paling merbahaya sekarang bukan penyakit yang berpunca daripada kuman atau pun virus. ia adalah penyakit kronik degeneratif yang berpunca daripada kerosakan dan degeneratif sel secara berkumpulan dalam badan manusia. Setakat ini tidak ada cara untuk menyembuhkannya, laporan tahunan World Health Organisation telah memberikan amaran bahawa penyakit kanser, sakit jantung dan penyakit kronik yang lain telah meragut nyawa lebih 24 juta orang setiap tahun dan ia akan terus membawa penderitaan dan menimbulkan ketidakupayaan kepada berjuta-juta manusia dibumi ini. namun penyakit degeneratif boleh dielakkann, ramai di antara kita masih menganggap penyakit kronik penyakit yang malang, penyakit yang diakibatkan oleh umur meraka yang meningkat dan ia tidak dapat dielakkan. Namun kita harus faham bahawa "tua" tidak bermakna "sakit". untuk mengelakkan penyakit degeneratif kita harus mengamalkan pemakanan yang seimbang. aktiviti fizikal dan cara hidup yang sihat.

No comments:

Post a Comment